Sunday, April 6, 2008

BERSENDIRIAN DAN BERIBADAH DI GUA HIRA’
Sebelum MUHAMMAD bin Abdullah dilantik menjadi rasul, beliau selalu bersendirian dan mengasingkan diri untuk beribadah di gua hira’. Setiap tahun Muhammad mengkhususkan beberapa hari ke sana, khususnya pada bulan Ramadhan iaitu bulan ke9 dalam calendar islam.
Gua hira’ hanya dapat memuatkan satu ataupun dua orang dan ia berada di puncak bukit. Gua hira’ mempunyai dua lubang, satu pintu masuk dan satu lubang lagi, yang boleh nampak Kaabah dari situ. Tahan terakhir sebelum Muhammad dilantik sebagai rasul,beliau bersendirian di situ sebulan Ramadhan.
Muhammad pulang ke rumah sekali sekala bagi mengambil makanan,menziarahi keluarga dan sebagainya. Suatu hari dalam bulan Ramadhan tahun itu semasa Muhammad sedang menuju ke Gua hira’ ada suara member salam, “Assalamualaikum,wahai pesuruh Allah.” Apabila beliau menoleh ke belakang, tidak ada orang di situ.
Kemudian apabila mMuhammad sudah biasa dengan Jibril, beliau bertanya kepadanya, “Suara siapa yang memanggilnya ketika dia ke gua hira’ suatu ketika dulu.” Jibril berkata, “itu adalah suara batu-batu dan pokok-pokok member salam kepada kamu, wahai pesuruh Allah.” Sebelum menjadi nabi, beliau sudah menerima mimpiyang benar.
Pada malam 27 bulan Ramadhan, ketika Muhammad bin Abdullah sedang beribadah di Gua hira’ tiba-tiba muncul lelaki berpakaian putih . Muhammad berkata, “ aku menjadi takut apabila lelaki itu muncul secara tiba-tiba. Dia berjalan ke arahku dan menyuruh aku membaca “iqra’ (Baca)”. Aku menjawab dalam ketakutan, “Aku tidak tahu membaca”. Ketika itu lelaki itu memelukku dengan pelukan yang sangat kuat, ketika itu hilang rasa takut aku. Lelaki itu menyuruh aku lagi, iqra’. Aku menjawab , “Aku tidak boleh membaca”. Dipeluknya aku lagi seperti pelukan yang pertama tadi. Dia menyuruh lagi, “Wahai Muhammad baca”. Sekali lagi aku menjawab, “Aku tidak boleh membaca”. Lelaki itu memelukku lagi kali ketiga, hamper-hampir aku mati. “Wahai Muhammad, baca”. Aku jawab lagi, “Aku tidak boleh membaca”. Lelaki itu berkata, “Bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk, Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah, Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
Muhammad berdiri di situ beberapa ketika, tidak dapat bergerak kerana takut menghadapi pengalaman yang luar biasa itu. Selepas Jibril hilang, Muhammad cepat-cepat menuju kerumahnya. Apabila Muhammad sampai sahaja di rumah dalam suasana begitu, Siti khadijah sudah bersedia menyambut suaminya. Daripada wajah suaminya dia sudah tahu suaminya sedang berada dalam ketakutan. Siti Khadijah dapat melihat Muhammad menggeletar badanya dan minta diselimutkan, selepas nabi tenang Siti khadijah bertanya kepada suaminya, “ Apa yang sudah berlaku?” Muhammad menceritakan apa yang berlaku. Sti Khadijah berkata kepada suaminya, Demi Tuhan, tidak sekali-kali kamu akan ditimpakan dengan perkara yang tidak baik. Kamu adalah orang yang membantu orang dalam kesusahan dan orang-orang yang lemah. Kamu orang yang berkorban ketika berlaku bala’ bencana. Kamu orang yang menunaikan hajat orang lain. Dengan segala amalan kamu yang baik ini tidak mungkin kamu ditimpakan dengan sesuatu yang tidak baik.”
Selepas suasana tenang, Siti Khadijah membawa Muhammad bertemu dengan saudaranya Waraqah bin Naufal. Waraqah beragama Kristian sebelum ini. Dia belajar kitab-kitab Kristian dan dia tahu ini zaman kenabian. Apabila diceritakan kepadanya apa yang berlaku kepada Muhammad , Waraqah mendengar dengan penuh prihatin. Dia terkejut semua tanda yang diketahuinya ada pada Muhammad,beliau berkata “Maha besar Tuhan, Maha besar Tuhan. Demi Tuhan sudah datang kepadanya Namus al-akbar. Jibril yang telah datang kepada Musa sebelum ini”.
Kemudian Waraqah meneruskan lagi,” Alangkah baiknya kalau waktu itu aku masih muda supaya aku dapat membantu kamu habis-habisan. Ketika mana kaummu mengeluarkanmu dari negerimu.” Muhammad terkejut. “Apakah kaumku akan mengeluarkanku dari Mekah. Apakah yang aku lakukan, bukankah Muhammad juga daripada kalangan bangsawan mereka” Waraqah berkata, “Demi Tuhan! Tidak ada seorang pun yang membawa perjuangan seperti yang kamu bawa melainkan pasti dia disakiti.”

Thursday, March 13, 2008


sahabat..................


perkenalan ini membawa seribu erti,,,,,,,

adakalanya hujan gerimis membasahi hati yang dingin

adakalanya mentari menutupi hati yang diamuk resah

dan kita..................

bagai aur dan tebing

laksana lagu dan irama

saling perlu memerlukan......

saling berpegangan menelusuri bahtera ilmu.....

kita bersama dimedan perjuangan bersama ditanah kegigihan.

sahabat....

jangan dibiarkan musuh dendam

menggoncang lantas memusnahkan bahtera ini...

jangan biar tautan ini

dihempas putus....

biar kita masyhur dimata dunia

ats nama persahabatan.......






Perang Khaibar
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: navigasi, gelintar
Peperangan Khaibar
Sebahagian dari Kempen Muhammad
Tarikh
629
Tempat
Khaibar
Hasil
Kemenangan Muslim
Pihak bersengketa
Tentera Muslim
Yahudi Khaibar
Komander
Muhammad
al-Harith ibn Abu Zaynab
Kekuatan
1,600
?
Korban dan kehilangan
16
?
Peperangan Khaibar terjadi pada tahun 629 di antara Nabi Muhammad dan pengikutnya dengan orang-orang Yahudi yang tinggal di oasis Khaibar, sejauh 150 kilometer dari Madinah di bahagian timur laut semenanjung Arab. Pertempuran ini berakhir dengan kemenangan orang Islam.
Perang Khaibar terjadi tidak lama selepas Perjanjian Hudaibiyah. Rasulullah memimpin sendiri ekspedisi ketenteraan menuju Khaibar, daerah sejauh tiga hari perjalanan dari Madinah. Khaibar adalah daerah subur yang menjadi benteng utama Yahudi di jazirah Arab, terutamanya setelah Yahudi di Madinah ditaklukkan oleh Rasulullah.
Maka Muhammad menyerbu ke jantung pertahanan musuh. Suatu pekerjaan yang tidak mudah dilakukan. Pasukan Rom yang lebih kuat pun tidak mampu menaklukkan benteng Khaibar yang memiliki sistem pertahanan berlapis-lapis yang sangat baik. Sallam anak Misykam mengorganisasikan prajurit Yahudi. Perempuan, anak-anak dan harta benda mereka tempatkan di benteng Watih dan Sulaim. Persediaan makanan dikumpulkan di benteng Na'im. Pasukan perang ditumpukan di benteng Natat. Sedangkan Sallam dan para prajurit pilihan maju ke garis depan.
Sallam tewas dalam pertempuran itu, tetapi pertahanan Khaibar belum dapat ditembus. Muhammad menugaskan Abu Bakar untuk menjadi komandan pasukan. Namun gagal. Demikian pula Umar. Akhirnya kepemimpinan komando diserahkan pada Ali. Di Khaibar inilah nama Ali menjulang. Keberhasilannya meruntuhkan pintu benteng untuk menjadi perisai selalu dikisahkan dari abad ke abad. Ali dan pasukannya juga berhasil menembusi pertahanan lawan. Harith bin Abu Zainab-komandan Yahudi setelah Sallam-pun tewas. Benteng Na'im jatuh ke tangan pasukan Islam.
Setelah itu benteng demi benteng dikuasai. Seluruhnya melalui pertarungan sengit. Benteng Qamush kemudian jatuh. Demikian juga benteng Zubair setelah dikepung cukup lama. Semula Yahudi bertahan di benteng tersebut. Namun pasukan Islam memotong saluran air menuju benteng yang memaksa pasukan Yahudi keluar dari tempat perlindungannya dan bertempur langsung. Benteng Watih dan Sulaim pun tanpa kecuali jatuh ke tangan pasukan Islam. Yahudi lalu menyerah. Seluruh benteng diserahkan pada umat Islam. Muhammad memerintahkan pasukannya untuk tetap melindungi warga Yahudi dan seluruh kekayaannya, kecuali Kinana bin Rabi' yang terbukti berbohong saat dimintai keterangan Rasulullah.
Perlindungan itu tampaknya sengaja diberikan oleh Rasulullah untuk menunjukkan beza perlakuan kalangan Islam dan Nasrani terhadap pihak yang dikalahkan. Biasanya, pasukan Nasrani dari kekaisaran Rom akan menghancurluluhkan kelompok Yahudi yang dikalahkannya. Sekarang kaum Yahudi Khaibar diberi kemerdekaan untuk mengatur dirinya sendiri sepanjang mengikuti garis kepemimpinan Muhammad dalam politik.
Muhammad sempat tinggal beberapa lama di Khaibar. Ia bahkan nyaris meninggal lantaran diracun. Diriwayatkan bahwa Zainab binti Harith menaruh dendam pada Muhammad. Sallam, suaminya, tewas dalam pertempuran Khaibar. Zainab lalu mengirim sepotong daging domba untuk Muhammad. Rasulullah sempat mengigit sedikit daging tersebut, namun segera memuntahkannya setelah merasa ada hal yang ganjil. Tidak demikian halnya dengan sahabat Rasul, Bisyri bin Bara. Ia meninggal lantaran memakan daging tersebut.
Dengan penaklukan tersebut, Islam di Madinah telah menjadi kekuatan utama di jazirah Arab. Ketenangan masyarakat semakin terwujud. Dengan demikian, Muhammad dapat lebih menumpukan kepada dakwah membangun moraliti masyarakat.