BERSENDIRIAN DAN BERIBADAH DI GUA HIRA’
Sebelum MUHAMMAD bin Abdullah dilantik menjadi rasul, beliau selalu bersendirian dan mengasingkan diri untuk beribadah di gua hira’. Setiap tahun Muhammad mengkhususkan beberapa hari ke sana, khususnya pada bulan Ramadhan iaitu bulan ke9 dalam calendar islam.
Gua hira’ hanya dapat memuatkan satu ataupun dua orang dan ia berada di puncak bukit. Gua hira’ mempunyai dua lubang, satu pintu masuk dan satu lubang lagi, yang boleh nampak Kaabah dari situ. Tahan terakhir sebelum Muhammad dilantik sebagai rasul,beliau bersendirian di situ sebulan Ramadhan.
Muhammad pulang ke rumah sekali sekala bagi mengambil makanan,menziarahi keluarga dan sebagainya. Suatu hari dalam bulan Ramadhan tahun itu semasa Muhammad sedang menuju ke Gua hira’ ada suara member salam, “Assalamualaikum,wahai pesuruh Allah.” Apabila beliau menoleh ke belakang, tidak ada orang di situ.
Kemudian apabila mMuhammad sudah biasa dengan Jibril, beliau bertanya kepadanya, “Suara siapa yang memanggilnya ketika dia ke gua hira’ suatu ketika dulu.” Jibril berkata, “itu adalah suara batu-batu dan pokok-pokok member salam kepada kamu, wahai pesuruh Allah.” Sebelum menjadi nabi, beliau sudah menerima mimpiyang benar.
Pada malam 27 bulan Ramadhan, ketika Muhammad bin Abdullah sedang beribadah di Gua hira’ tiba-tiba muncul lelaki berpakaian putih . Muhammad berkata, “ aku menjadi takut apabila lelaki itu muncul secara tiba-tiba. Dia berjalan ke arahku dan menyuruh aku membaca “iqra’ (Baca)”. Aku menjawab dalam ketakutan, “Aku tidak tahu membaca”. Ketika itu lelaki itu memelukku dengan pelukan yang sangat kuat, ketika itu hilang rasa takut aku. Lelaki itu menyuruh aku lagi, iqra’. Aku menjawab , “Aku tidak boleh membaca”. Dipeluknya aku lagi seperti pelukan yang pertama tadi. Dia menyuruh lagi, “Wahai Muhammad baca”. Sekali lagi aku menjawab, “Aku tidak boleh membaca”. Lelaki itu memelukku lagi kali ketiga, hamper-hampir aku mati. “Wahai Muhammad, baca”. Aku jawab lagi, “Aku tidak boleh membaca”. Lelaki itu berkata, “Bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk, Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah, Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
Muhammad berdiri di situ beberapa ketika, tidak dapat bergerak kerana takut menghadapi pengalaman yang luar biasa itu. Selepas Jibril hilang, Muhammad cepat-cepat menuju kerumahnya. Apabila Muhammad sampai sahaja di rumah dalam suasana begitu, Siti khadijah sudah bersedia menyambut suaminya. Daripada wajah suaminya dia sudah tahu suaminya sedang berada dalam ketakutan. Siti Khadijah dapat melihat Muhammad menggeletar badanya dan minta diselimutkan, selepas nabi tenang Siti khadijah bertanya kepada suaminya, “ Apa yang sudah berlaku?” Muhammad menceritakan apa yang berlaku. Sti Khadijah berkata kepada suaminya, Demi Tuhan, tidak sekali-kali kamu akan ditimpakan dengan perkara yang tidak baik. Kamu adalah orang yang membantu orang dalam kesusahan dan orang-orang yang lemah. Kamu orang yang berkorban ketika berlaku bala’ bencana. Kamu orang yang menunaikan hajat orang lain. Dengan segala amalan kamu yang baik ini tidak mungkin kamu ditimpakan dengan sesuatu yang tidak baik.”
Selepas suasana tenang, Siti Khadijah membawa Muhammad bertemu dengan saudaranya Waraqah bin Naufal. Waraqah beragama Kristian sebelum ini. Dia belajar kitab-kitab Kristian dan dia tahu ini zaman kenabian. Apabila diceritakan kepadanya apa yang berlaku kepada Muhammad , Waraqah mendengar dengan penuh prihatin. Dia terkejut semua tanda yang diketahuinya ada pada Muhammad,beliau berkata “Maha besar Tuhan, Maha besar Tuhan. Demi Tuhan sudah datang kepadanya Namus al-akbar. Jibril yang telah datang kepada Musa sebelum ini”.
Kemudian Waraqah meneruskan lagi,” Alangkah baiknya kalau waktu itu aku masih muda supaya aku dapat membantu kamu habis-habisan. Ketika mana kaummu mengeluarkanmu dari negerimu.” Muhammad terkejut. “Apakah kaumku akan mengeluarkanku dari Mekah. Apakah yang aku lakukan, bukankah Muhammad juga daripada kalangan bangsawan mereka” Waraqah berkata, “Demi Tuhan! Tidak ada seorang pun yang membawa perjuangan seperti yang kamu bawa melainkan pasti dia disakiti.”
Sunday, April 6, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)